http://marissanursyifa.blogspot.com

Apabila saya bosan....

Apabila saya sudah bosan bermain sendiri, mewarna buku & menonton cd barney, saya akan melayari internet... Jangan ingat budak macam saya tidak celik IT tau... Lihat saya dan laptop, ada gaya tak?
















Ops.... saya hanya melayari youtube sahaja.... Berlatih menyanyi lagu kanak- kanak melayu, untuk mengajar kawan-kawan di taska...... Jangan salah faham pulak ye... ;-)

Jalan-jalan malam minggu....

Papa sudah balik... Rindunya pada papa....



Disebabkan papa sudah balik, kami pergi jalan-jalan ke dataran merdeka malam minggu yang lalu.... Seronok dapat jalan-jalan dengan papa, ibu & makngah...















Macam model bangunan pulak..... ;-)














Papa belikan saya bola......















Barulah lengkap keluarga saya....

Mari Belajar Menyanyi Bersama Rissa......

"Ketam jalan senget-senget,
 Itik jalan kedek-kedek,
 Burung terbang tinggi-tinggi,
 Kuda kuat lari..... "

"Katak jalan lompat-lompat,
 Kucing jalan rapat-rapat,
 Semut jalan jumpa kawan,
 Salam, salam, salam,
 Assalammualaikum...."


Sedih Cerita Ni..... Abah Ita Janji tak Buat Lagi......

Sepasang suami isteri seperti pasangan lain di kota-kota besar akan meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat...

Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

  Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk.

  "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya. 



p/s : moralnya cerita ini, jangan memukul anak mengikut perasaan amarah... Nanti menyesal tak sudah.... Kesian ita..... ;-(
 

Balik kampung lagi....

Seronoknya dapat balik kampung lagi... Balik kampung kali ni, saya sempat menghadiri majlis cukur jambul sepupu saya.... paklong & maklong saya baru mendapat baby perempuan.... tengok, comel tak? mestilah comel kan macam saya..(perasan)... ;-)


Dah ada camera ni apa lagi saya pun posing sakan la.... Tengok lah posing terbaru saya....

















Tengok rambut saya dah panjang.....


Juga posing bersama ibu & opah.... suke... suke... suke.... ;-)


Menziarahi toksu & Neksu.....

Baru-baru ini saya pergi menziarahi toksu & neksu saya di meru klang... Mereka baru menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.... Inilah pakcik saya yang paling kecil sekali yang bernama Aqil Maulud... Yang di lahirkan pada Maulidur Rasul baru-baru ini.... Comel tak pakcik saya... ;-)

















Ini pula gambar saya dengan Mak Long Fatiha.....

Rindu Cu, Tok Ummi & An....

Sudah lama rasanye saya tidak pulang ke kampung papa di sungai petani.... Sekarang papa selalu kerja outstation, sebab itu kami tidak berpeluang balik ke sana... Papa saya  rindu kat Tok ummi, cu & An....



Ini masa pergi makan ikan bakar di tanjung dawai...... 



Ini pula masa tok ummi, an & cu datang kl, so papa bawa kami pergi ke Aquaria KLCC...





Rindu nak main dengan kak Syahirah & kak syafiqah...


  

Petang2 selalu lepak dengan Tok Ummi kat sini...



Rindu kat semua...... ;-)



Warna Kesihatan......

>Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa

>mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut...

>

>HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA

>WARNA: MERAH

>kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan

>rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala

>lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran

>dan melonjakkan adrenalin

>

>MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA

>WARNA: BIRU

>Anda rasa tertekan ?
Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang

>berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat

>mengurangkan tekanan darah.
Cuba ubah "screen saver" computer anda

>kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan

>kurangkan rasa tegang


>
>ELAKKAN INSOMNIA

>WARNA: MERAH JAMBU

>Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu

>malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan

>warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan

>suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik... ..!

>

>CERIAKAN MOOD ANDA

>WARNA: JINGGA

>Apabila anda merasa murung atau
cuba untuk mengembalikan tenaga anda,

>
cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan

>berubah.

>

>LENYAPKAN KELETIHAN

>WARNA: HIJAU

>Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif

>dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di

>dalam badan…
 

A friend.......

Accepts you as you are
Believes in "you"
Calls you just to say "HI"
Doesn't give up on you
Envisions the whole of you (even the unfinished parts)
Forgives your mistakes
Gives unconditionally
Helps you
Invites you over
Just "be" with you
Keeps you close at heart
Loves you for who you are
Makes a difference in your life
Never Judges
Offer support
Picks you up
Quiets your fears
Raises your spirits
Says nice things about you
Tells you the truth when you need to hear it
Understands you
Values you
Walks beside you
X-plains thing you don't understand
Yells when you won't listen and
Zaps you back to reality   



 




My best Friend.....

Lepak2 kt rumah bersama ibu....

Sudah hendak masuk 2 minggu papa tiada dia rumah, kerana bekerja di JB... Seperti biasa hanya ibu sahaja yang melayani saya hari-hari... Malam ini sungguh bosan, sebab saya rindu sangat dengan papa, baru tadi papa telefon bertanyakan khabar kami berdua... papa bila nak balik? 

hari ini ibu mengajar saya mewarna.... walaupun saya tidak pandai lagi mewarna dengan cantik, tapi inilah hasilnya.....

















Boleh tahan jugakan..... ;-)  Terima kasih ibu, saya sayang ibu......













 

Koleksi Kesayanganku.....

Barney koleksi kesukaan saya... saya ada 2 patung barney, 1 papa beli kt klia masa papa balik dari oustation dan 1 lagi uncle tihi bagi hadiah sempena hari jadi saya....



saya juga ada beberapa koleksi cd barney... hari-hari saya akan tonton cd selepas balik dari taska... sungguh seronok, saya dah boleh nyanyikan sedikit lagu2 barney.....

" i love u, u love me... we're happy family"
pandai tak saya menyanyi.... heheheh....

saya ada beg barney, bekas pensil barney dan yang paling saya suka sekali botol susu saya pun ada kartun barney juga... :-)





terima kasih ibu & papa kerana membelikan barang2 kesukaan saya... nnti belikan lagi yek....
inilah koleksi barney yang saya ada.... :-)

Papa

Nama papa saya mohd puraizal.. papa seorang yang baik dan sangat suka menyakat saya..
tapi saya selalu di tinggalkan papa... eh, salah plak.. papa selalu kerja outstation..
oleh itu saya selalu bermanja dengan ibu sahaja... nak tengok tempat keje papa jom...



















Ini masa papa kena kerja di perth australia... best kan papa saya dapat pergi melancong sambil berkerja...








































Ini pula semasa papa bekerja di singapura...






















Sambil tu boleh makan angin juga... bestnye, bila la papa nk bawa saya ke singapura... ;-)

Mari Lihat lampu di I-CITY.....

Papa kata nak bawa saya ke I-city... Best ke tempat tu? mari kita lihat ape ada di sana....

Tengok tu banyak la lampu berwarna warni...

















Mari lihat tempat lain pula... Sambil-sambil bergambar bersama ibu....

















Bergambar bersama papa pula....


Jalan-Jalan di Putrajaya.....

Oleh kerana rumah kami berdekatan putrajaya, saya berpeluang juga pergi kesana..
tempat riadah yang santai dan menarik... saya suka tempat ini...


















Bermain di taman permainan.... itu lah hobi saya dari dulu lagi...

Makan Angin ke Melaka, Kota Cinta Ibu & Papa.....

Melaka, tempat papa dan ibu berjumpa... oleh itu saya sangat bertuah kerana berpeluang pergi ke sana... Disana banyak tempat-tempat yang menarik untuk di lawati... saya sungguh seronok dengan percutian saya itu.. menara taming sari, boleh melihat melaka dari atas menara tu.. cantik dan sangat teruja... saya tak gayat pun..


















menaiki bot menyusuri sungai....


















pergi ke zoo, banyak nye haiwan di sana...


Mandi- Manda...

Seronok nye dapat beriadah bersama keluarga... papa kata hari ni nak bawa saya mandi kolam... Tengok la posing terbaik saya dengan baju mandi... hehehehe...


KLCC.... Saya datang lagi.....

hujung minggu selalu nye saya dan keluarga akan keluar berjalan-jalan... tempat yg selalu kami pergi mestilah klcc dekat dengan opis papa....

















Boleh pergi ke Aquaria juga....

















Sudah puas melihat spesis ikan saya bermain di taman KLCC pulak....