Hari ini , hari ahad.. Oleh sebab papa tiada di rumah kerana ada urusan di luar, saya hanya duduk di rumah sahaja dengan ibu.... Selepas ibu mengemas rumah, ibu mandikan saya... Walaupun hari ini tidak pergi ke mana-mana saya mesti kelihatan cantik dengan baju baru... Seperti biasa selepas mengemas rumah ibu akan memasak untuk makan tengah hari...
Saya dengan rajin nya pun turut serta menolong ibu di dapur.... Tapi saya tidak tolong memasak lah, sebab ibu kata dekat dapur bahaya ada api & minyak panas...
Jadi saya menolong ibu membasuh pinggan sahaja....
Saya hanya melihat ibu memasak dari jauh sahaja... Akhirnya ibu siap juga memasak, ibu kata hari ini ibu masak ayam goreng rempah, stew ayam & sayur kobis... Itulah menu hari ini, jangan tidak tahu ibu saya tu jarang-jarang memasak tau... Hari minggu sahaja lah kami dapat makan sedap-sedap...
Ini air ribena untuk minuman saya... Ibu kata air ribena banyak vitamin C... Mari minum.
Macam biasa lah saya suka makan sendiri... Sudah terbiasa di ajar suap sendiri di taska.. Jadi di rumah pun saya akan makan sendiri... Tengok comotnya saya... Selamat menjamu selera....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment