http://marissanursyifa.blogspot.com

Joging Dengan Papa...

Sudah lama rasanya saya tidak berkesempatan beriadah bersama keluarga di hujung minggu... Oleh sebab semalam kami mempunyai masa terluang, papa bawa kami pergi ke taman permainan yang berdekatan dengan rumah saya sahaja... Saya bermain dengan gembiranya di temani ibu, kerana papa hendak pergi joging sekejap...
















Selepas penat bermain, saya menemani papa berjoging pula...















Tengok saya lari lagi laju dari papa... ;-) Papa kata saya belum berpeluh lagi, oleh itu papa suruh saya berlari lagi sendiri...
















Sebelum kami pulang saya bergambar denga ibu di taman, ini sahaja yang dapat di ambil...

Mandi Kolam - Presint 9 Putrajaya.....

Yeah, sudah lama saya teringin hendak mandi kolam. Oleh itu papa bawa kami pergi ke Presint 9, Putrajaya. Khabarnya di sana ada kolam mandi utnuk kanak-kanak dan tempat permainan.. Mari kita mandi bersama-sama, mesti seronok kan....;-)







Naik Feri - Penang....

Akhirnya saya dapat juga naik feri. Di sebabkan ibu teringin hendak makan asam buah pala, papa telah membawa kami ke Penang. Sambil-sambil boleh shopping juga. Ibu belikan saya baju angry bird, murah tau... Sudah penat memborong sakan, kami pun bertolak balik dengan menaiki feri... Seronok tau, pengalaman pertama saya menaiki feri... Harap-harap saya dapat juga naik feri untuk pergi ke Langkawi pula.. ;-)