Entry kali ini pun sudah lama juga, hari keluarga syarikat papa saya berkerja ke Pulau Pangkor.. Seronok dapat pergi berjalan-jalan melihat tempat orang ni... Walaupun ibu saya orang Perak, tapi ibu pun tidak pernah sampai ke Pangkor lagi..
Disebabkan boss papa sudah membuat tempahan perjalanan dengan menaiki bas persiaran, kami sekeluarga pun membuat keputusan untuk menaiki bas itu juga... Saya teruja sangat sebab itu lah kali pertama saya menaiki bas... Biasa lah saya ni budak yang peramah, semua kawan-kawan papa saya jadikan kawan saya... Jadi sayalah yang paling popular di dalam bas itu...
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke jeti Lumut memakan masa selama 3 jam... Didalam bas saya tidak boleh tidur, biasa lah orang tidak pernah menaiki bas ada sajalah benda mahu di tanya... ;-)
Sudah sampai jeti Lumut, tengah tunggu tiket nak naik feri ke Pulau Pangkor...
Yeah, dah sampai chalet boleh check-in.... Nak tidur dah letih..... ;-)
Aktiviti petang, papa bawa saya ke pantai... apalagi peluang yang ada jangan di lepaskan untuk bermain pasir....
Lepas penat main pasir, berenang di pantai pulak... ;-) seronoknya pengalaman yang baru bagi saya...
Tengah tunggu matahari terbenam dengan papa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment